Anda di sini

Sekolah Seri Ar Raudhah miliki bangunan sendiri

Advertisement
 Ahdin menyampaikan cendera kenangan kepada Salihah.
CENDERA KENANGAN: Ahdin menyampaikan cendera kenangan kepada Salihah.

SANDAKAN: Warga sekolah Seri Ar Raudhah, di sini boleh menarik nafas lega selepas bangunan sekolah ini berjaya dibeli sepenuhnya menerusi pinjaman daripada pusat perbankan, baru-baru ini.

Pengetuanya, Ahdin Singky berkata, semua lot bangunan sekolah itu berjaya dibeli setelah mengharungi pelbagai cabaran.

“Saya menzahirkan rasa syukur kerana pembelian bangunan ini berjalan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan ibu bapa pelajar.

“Usaha ini tidak akan berjaya sekiranya tanpa sokongan dan sumbangan daripada semua pihak,” katanya ketika berucap dalam majlis sambutan Aidilfitri, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, pembelian bangunan tersebut diharap dapat mengukuhkan lagi sekolah ini dan memberi manfaat kepada modal insan di sini.

Ahdin berkata, sambutan majlis Aidilfitri ini adalah acara tahunan sekolah sebagai inisiatif mengeratkan silaturahim antara warga sekolah dan ibu bapa pelajar.

Katanya, sudah menjadi tradisi di sekolah ini, semua juadah untuk jamuan tersebut disediakan oleh ibu bapa pelajar.

“Saya sangat gembira kerana majlis ini mendapat sambutan menggalakan dalam kalangan ibu bapa, walaupun ia dilaksanakan pada hujung minggu.

“Semoga majlis ini mencapai matlamatnya dan silaturahim dalam kalangan warga sekolah bersama ibu bapa bertambah erat,” katanya.

Turut hadir, Pendidikan JHEAINS Sandakan, Salihah Karim; Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan, Dr Johari Awang Besar dan Penolong Penguasa Bomba Sandakan, Suriyadi Darwis.

  • oleh
  • Advertisement