Anda di sini

Lelaki mengaku miliki syabu didenda

Advertisement
 

MIRI: Seorang lelaki didenda RM4,300 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret setelah mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah berbahaya jenis syabu.
    
Herwandi Effendi, 35, dari Kampung Iran, Suai di Niah, telah didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta yang sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
    
Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
    
Menurut keterangan kes, tertuduh bukan sebagai seorang yang diberi kuasa di bawah ADB 1952, didapati memiliki dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 2.08 gram.
    
Methamphetamine merupakan satu item yang terkandung dalam Bahagian III Jadual Pertama ADB 1952.
    
Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat bersama seorang lagi yang masih bebas pada jam 2.50 petang, 23 Mei 2022 di sebuah bilik hotel di Jalan Teo Chew di sini.
    
Pendakwaan dilakukan Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

  • oleh
  • Advertisement