Anda di sini

Juhari rasmi kilang proses makanan laut Kg Mumiang

Advertisement
 Juhari melihat salah satu produk yang sudah diproses di kilang tersebut.
TINJAU: Juhari melihat salah satu produk yang sudah diproses di kilang tersebut.


KINABATANGAN: Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Sukau, Datuk Juhari Janan merasmikan kilang pemprosesan makanan laut di Kampung Mumiang di sini, baru-baru ini.


Juhari yang juga Timbalan Pengerusi Jetama Sdn Bhd diiringi Naib Ketua Bahagian Gagasan Rakyat, Azman Mastar pada majlis tersebut sempena sambutan Hari Raya Aidilftri di kampung berkenaan.


Pengerusi kilang, Mada Hussin memberitahu, pewujudan kilang itu menelan kos RM180,000 dibiayai oleh Yayasan Hacana.


Katanya, ia sudah beroperasi selama tiga tahun untuk memproses hasil-hasil laut untuk dijual dan pasaran.


"Kewujudan kilang tersebut sudah tentu memberi peluang dan manfaat kepada kepada penduduk setempat," katanya.


Juhari kemudian dipelawa Mada untuk melakukan tinjauan di persekitaran kawasan kilang tersebut.

  • oleh
  • Advertisement