Anda di sini

PMU terima kenaikan pangkat enam pensyarah 

Advertisement
Awang Annuar (dua kiri) menyerahkan Nota Serah Tugas kepada Sophian Sout (dua kiri) sambil disaksikan oleh Hisamudin (kiri) dan Iskandar (kanan) di PMU.
Awang Annuar (dua kiri) menyerahkan Nota Serah Tugas kepada Sophian Sout (dua kiri) sambil disaksikan oleh Hisamudin (kiri) dan Iskandar (kanan) di PMU.

MUKAH: Enam pensyarah Politeknik Mukah (PMU) menerima serta melapor diri dengan Pengarah PMU Hisamudin Mohd Tamim atas Pemangkuan Kenaikan Pangkat ke Gred DH52 dan dilantik sebagai Pensyarah Utama.

Antaranya ialah bekas Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Awang Annuar Awang Mansor, Ketua Unit Corporate Industry Services and Employability Centre (CISEC) Mohd Azlan Ab Aziz, Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersil (UPIK) Dr Habsah Mohd Sabli, Ketua Unit Jaminan Kualiti Hasnah Ngah, Dzatiah Mohamad sebelum ini sebagai Ketua Jabatan Pengajian Am, Nik Aznan Ab. Hadi sebelum ini sebagai Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Sazali Husin sebagai pensyarah.

Awang Annuar Awang Mansor digantikan oleh Sophian Sout sebagai Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) baharu berkuat kuasa 2 Mei 2023.

Awang Annuar memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) selama setahun enam bulan manakala Sophian sebelum ini sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Perdagangan.

Acara menyerahkan Nota Serah Tugas kepada Sophian Sout sebagai Timbalan Pengarah Sokongan Akademik daripada Awang Annuar disaksikan Hisamudin dan Timbalan Pengarah Akademik, Iskandar Reduan di bilik persidangan PMU.

Sebelum acara penyerahan Nota Serah tugas diadakan beberapa taklimat khas turut diadakan.
 

  • oleh
  • Advertisement