Anda di sini

Tedung hitam bersembunyi di bawah singki dapur

Advertisement
Seorang anggota APM menunjukkan seekor ular tedung hitam yang berjaya ditangkap dalam kejadian di sebuah rumah di Desa Indah 3 Bandar Baru Permyjaya malam semalam.
Seorang anggota APM menunjukkan seekor ular tedung hitam yang berjaya ditangkap dalam kejadian di sebuah rumah di Desa Indah 3 Bandar Baru Permyjaya malam semalam.

MIRI: Hajat seorang lelaki hendak pergi ke tandas terbantut apabila ternampak kelibat seekor ular di bahagian dapur rumahnya di Desa Indah 3 di sini, malam semalam.
    
Bimbang akan keselamatan diri dan keluarga, abang kepada lelaki terbabit terus menghubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)  Daerah Miri untuk meminta bantuan menangkap ular tersebut.
    
Sementara itu menurut jurucakap APM Daerah Miri, sebaik menerima panggilan sekitar jam 9.18 malam, sepasukan anggota telah pergi ke lokasi kejadian di Desa Indah 3, Bandar Baru Permyjaya di sini.
    
Setiba di lokasi katanya, anggota bertugas terus bertanya kepada pemanggil terbabit tentang keberadaan ular itu.
    
"Pemanggil memberitahu kehadiran ular berbisa itu disedari semasa adiknya hendak pergi ke tandas dan ternampak kelibat ular menyelinap masuk ke bahagian dapur.
    
"Setelah memeriksa di bahagian yang dinyatakan, anggota kami mendapati seekor ular tedung hitam sebesar dua ibu jari orang dewasa dan berukuran satu meter panjang sedang bersembunyi di bahagian bawah singki dapur rumah tersebut," katanya.
    
Ular itu berjaya ditangkap menggunakan peralatan khas sebelum dilepaskan semula ke habitat asalnya.
 

  • oleh
  • Advertisement