Anda di sini

Lebih 10,000 pengunjung hadir rumah terbuka Premier Sarawak

Advertisement
Abang Johari tiba di BCCK untuk majlis rumah terbuka hari pertama Raya Aidilfitri beliau. - Gambar Chimon Upon
Abang Johari tiba di BCCK untuk majlis rumah terbuka hari pertama Raya Aidilfitri beliau. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini meriah dengan kehadiran lebih 10,000 pengunjung. 

Berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), para pengunjung yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama mula beratur panjang seawal jam 9 pagi bagi memeriahkan rumah terbuka tersebut. 

Pengunjung majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Premier Sarawak di BCCK menjamu selera. - Gambar Chimon Upon
Pengunjung majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Premier Sarawak di BCCK menjamu selera. - Gambar Chimon Upon

Abang Johari serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang mula menerima pengunjung pada jam 10.30 pagi sehingga 4.00 petang, dan dari jam 10 pagi hingga 2.30 petang pada hari kedua di lokasi sama. 

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian antara tetamu kehormat yang hadir pada majlis itu. 

Abang Johari menghidangkan juadah Raya kepada tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka beliau di BCCK. - Gambar Chimon Upon 
Abang Johari menghidangkan juadah Raya kepada tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka beliau di BCCK. - Gambar Chimon Upon 

Turut hadir barisan menteri-menteri kabinet negeri yang lain antaranya Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom. 

Selain itu, beberapa barisan menteri Kabinet persekutuan turut hadir antaranya Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang. 

Abang Johari merakamkan gambar bersama pengunjung yang hadir pada majlis rumah terbuka beliau di BCCK. - Gambar Chimon Upon 
Abang Johari merakamkan gambar bersama pengunjung yang hadir pada majlis rumah terbuka beliau di BCCK. - Gambar Chimon Upon 

Dalam pada itu, pengunjung yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu Raya sambil menjamu pelbagai juadah Raya antaranya hidangan wajib sate, rendang dan lemang serta kuih muih. 

Abang Johari turut tampil menyumbang beberapa buah lagu pada rumah terbuka tersebut bagi menghiburkan pengunjung yang hadir memeriahkan majlis rumah terbuka beliau. 

Ribuan pengunjung beratur panjang bagi memeriahkan rumah terbuka Aidilfitri Premier Sarawak di BCCK. - Gambar Chimon Upon
Ribuan pengunjung beratur panjang bagi memeriahkan rumah terbuka Aidilfitri Premier Sarawak di BCCK. - Gambar Chimon Upon
Abang Johari dan Juma’ani menyumbang lagu pada majlis rumah terbuka beliau di BCCK. - Gambar Chimon Upon
Abang Johari dan Juma’ani menyumbang lagu pada majlis rumah terbuka beliau di BCCK. - Gambar Chimon Upon
  • oleh
  • Advertisement