Anda di sini

40 kenderaan pelbagai jenis terbakar

Advertisement
 Keadaan kebakaran yang menjejaskan 40 kenderaan pelbagai jenis di bengkel terbabit.
TERBAKAR: Keadaan kebakaran yang menjejaskan 40 kenderaan pelbagai jenis di bengkel terbabit.

PAPAR: 40 kenderaan yang diletakkan di sebuah bengkel menyimpan kenderaan musnah terbakar dalam kejadian di Batu 1 di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah bagaimanapun berkata kesemua kenderaan melibatkan kenderaan rosak dan tidak dituntut yang disimpan di dalam bengkel terbabit.

Katanya pasukan bomba mendapat panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 2.59 petang.

“Bertindak dengan kejadian sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar digerakkan ke lokasi sejauh tiga kilometer.

“Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran menggunakan sumber air dari jentera dan pili bomba berhampiran,” katanya.

Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.08 petang bagaimanapun kejadian menjejaskan 80 peratus 40 buah kenderaan yang diletakkan di dalam bengkel berkenaan.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini dan operasi keseluruhan ditamatkan jam 4.26 petang,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement