Anda di sini

Empat syarikat hulur sumbangan kepada bank makanan PMU

Advertisement
Bill (tiga kiri) ketika simbolik penyerahan bahan makanan kepada wakil PMU.
Bill (tiga kiri) ketika simbolik penyerahan bahan makanan kepada wakil PMU.

MUKAH: Empat syarikat tampil memberi sumbangan kepada bank makanan Politeknik Mukah (PMU) pada Khamis.

Syarikat berkenaan adalah Syarikat Nusantara and Services, Jadan Logostics Company, Trixie and Company dan Everwin Supermarket Mukah.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup diwakili Betram Bill Vincent sementara Kong Chin Sik mewakili Everwin Mukah.

Mewakili PMU pula ialah Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Awang Annuar Awang Mansor dan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Aiesah Karim.

Keempat-empat syarikat terbabit telah menyumbang bahan makanan khusus kepada golongan pelajar berpendapatan rendah (B40) yang menuntut di PMU.

Untuk pengetahuan umum, program bank makanan ini merupakan salah satu inisiatif daripada badan bukan kerajaan (NGO), swasta dan individu untuk membantu meringankan bebanan pelajar daripada golongan asnaf dan golongan B40.

Di peringkat pengajian tinggi, ia dapat membantu pelajar mendapatkan sumber makanan yang lengkap berserta nutrien asas.

Secara idak langsung, ia juga bakal membantu dalam meningkatlan kualiti pembelajaran mereka.

Program ini merupakan salah satu daripada cabang Unit Kepenggunaan KPDN Mukah iaitu Gerakan Pengguna Siswa (GPS).
 

  • oleh
  • Advertisement