Anda di sini

Bot tunda ditahan tidak lapor pertukaran nakhoda

Advertisement
 Bot tunda yang ditahan selepas gagal melaporkan pertukaran nakhoda di buku Certificate of Malaysia Registry.
TAHAN: Bot tunda yang ditahan selepas gagal melaporkan pertukaran nakhoda di buku Certificate of Malaysia Registry.

LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Labuan menahan sebuah bot tunda di kedudukan 0.4 batu nautika selatan Pulau Papan di sini awal pagi semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Labuan Komander Maritim Mohd Hafiz Abd Mutalib berkata bot peronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan rondaan Op Sejahtera, Op Khas Kuda Laut dan Op Tiris menjalankan pemeriksaan rutin terhadap bot tunda tersebut.

“Sebaik diperiksa, bot tunda itu tidak melaporkan pertukaran nakhoda di buku Certificate of Malaysia Registry. 

“Pemandu bot warganegara Indonesia dan seorang Ketua Pegawai berumur 47 tahun yang juga warganegara Indonesia bersama dokumen dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya kes disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO).

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sebarang aktiviti atau salahlaku jenayah di laut. 

“Orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-453777 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam untuk sebarang tindakan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement