Anda di sini

Bank Rakyat santuni warga Utusan Borneo, The Borneo Post dengan pek juadah berbuka puasa

Advertisement
Nizam (tiga kanan) dan Mohamad Faizal (dua kanan) masing-masing menyerahkan pek juadah berbuka puasa kepada Raynore (empat kanan) dan Sulaiman (kanan). Turut kelihatan Ketua Pemberita The Borneo Post Churchill Edward dan Eksekutif Komunikasi Korporat Bank Rakyat Aznur'Atiqah Maryam Aziz. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Bank Rakyat hari ini menyumbang 40 pek juadah berbuka puasa kepada editor serta wartawan Utusan Borneo dan The Borneo Post.

Inisiatif ini merupakan program tradisi Bank Rakyat bagi mengiktiraf dan menghargai peranan semua media sebagai rakan strategik yang telah menyokong program-program anjuran institusi kewangan itu, selama ini.

Selain itu, penganjuran program ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha institusi kewangan merapatkan hubungan dengan pengamal media.

Tahun ini merupakan tahun ke sembilan Bank Rakyat mengadakan program tersebut.

Sumbangan disampaikan oleh Naib Presiden Bank Rakyat (Komunikasi dan Tanggungjawab Sosial Korporat) Nizam Abu Samah dan Pengurus Pusat Pembiayaan Auto Bank Rakyat Cawangan Kuching (Jalan Tun Jugah) Mohamad Faizal Poli.

Wakil Bank Rakyat juga mengambil peluang bertemu dengan Pengarang Urusan Utusan Borneo Sulaiman Bujang dan Ketua Pegawai Kandungan The Borneo Post Raynore Mering.

Advertisement