Anda di sini

Wanita cedera kemalangan di Batu 14 Jalan Miri-Marudi

Advertisement
Keadaan kereta mangsa dalam kemalangan berdekatan simpang Batu 14 Jalan Miri-Marudi pada tengah hari Jumaat.
Keadaan kereta mangsa dalam kemalangan berdekatan simpang Batu 14 Jalan Miri-Marudi pada tengah hari Jumaat.

MARUDI: Seorang wanita cedera selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan jalan raya berdekatan simpang Batu 14 Jalan Miri-Marudi tengah hari Jumaat.

Difahamkan, kemalangan sekitar jam 12.50 tengah hari itu melibatkan isteri kepada seorang kakitangan Majlis Daerah Marudi (MDM) yang dalam perjalanan menuju ke Miri dari Marudi.

Mangsa yang cedera difahamkan telah dibawa ke Hospital Miri oleh orang awam yang melalui kawasan kejadian.

Kes tersebut masih dalam siasatan polis trafik Miri.
 

  • oleh
  • Advertisement