Anda di sini

Tiga rumah di Kampung Tawau Lama terbakar

Advertisement
 Api marak memusnahkan salah sebuah daripada tiga rumah di Kampung Tawau Lama.
TERBAKAR: Api marak memusnahkan salah sebuah daripada tiga rumah di Kampung Tawau Lama.

TAWAU: Tiga keluarga kehilangan tempat tinggal selepas kediaman mereka terbakar di Kampung Tawau Lama di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata kejadian jam8.20 malam itu bagaimanapun tidak membawa sebarang kecederaan kepada penghuni.

Katanya sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 8.26 malam.

“Pasukan Bomba yang tiba di lokasi segera menjalankan operasi memadam kebakaran menggunakan sumber air dari pili Bomba berhampiran.

“Pasukan Bomba Sukarela (PBS) turut membantu menjalankan pemadaman menggunakan sumber air dari jentera,” katanya.

Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.16 malam dan hasil pemeriksaan mendapati tiada mangsa atau kematian terlibat dalam kejadian ini.

Katanya kejadian menyebabkan sebuah rumah jenis tidak kekal seluas 50X50 kaki persegi manakala dua yang lain seluas 30X30 kaki persegi musnah dalam kebakaran ini.

“Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya sambil menambah operasi keseluruhan ditamatkan jam 11.10 malam.

  • oleh
  • Advertisement