Anda di sini

Projek Patung Mazu wajar dibangunkan semula

Advertisement
 Joachim (enam kanan) bersama para pemimpin turun padang mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Patung Mazu.
TERBAIK: Joachim (enam kanan) bersama para pemimpin turun padang mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Patung Mazu.


KOTA KINABALU: Projek pembangunan semula Patung Mazu wajar diteruskan kerana boleh memberikan manfaat besar kepada rakyat Kudat serta industri pelancongan di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam berkata, secara peribadi beliau menyokong usaha berkenaan kerana Patung Mazu boleh menjadi satu lagi mercu tanda, sekali gus sebagai daya tarikan pelancongan di Kudat.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Patung Mazu di sini, hari ini.

Turut bersama beliau semasa lawatan itu ialah bekas Ketua Menteri Tan Sri Chong Kah Kiat yang juga merupakan penasihat kepada projek pembinaan patung itu, para pemimpin setempat yang terdiri daripada Ketua Daerah, Ketua-ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (Wkan) dan Kapitan-kapitan Cina.

Sebelum ini, Pengarah Eksekutif Kim Teck Cheong Consolidated (KTC) Berhad, Datuk Dexter Lau pernah berbincang dan memohon agar kerajaan dapat meneruskan pembinaan patung berkenaan. 

Sementara itu Dexter berkata, pihaknya memberikan sokongan padu kepada semua pihak yang terlibat sama dalam membina Patung Mazu.

Terdahulu, Joachim turut menyaksikan Upacara Angkat Sumpah Ahli-ahli Lembaga Bandaran Kudat. 
 

  • oleh
  • Advertisement