Anda di sini

MACO terima 487 komputer daripada MR D.I.Y.

Advertisement
Pada tahun 2022, jabatan IT MR D.I.Y. telah memperbaharui 487 set komputer untuk Program Pemerkasaan Komputer MACO. Komputer itu kemudiannya diedarkan kepada lebih 10 sekolah di seluruh Semenanjung Malaysia untuk keperluan pembelajaran dalam talian.
Pada tahun 2022, jabatan IT MR D.I.Y. telah memperbaharui 487 set komputer untuk Program Pemerkasaan Komputer MACO. Komputer itu kemudiannya diedarkan kepada lebih 10 sekolah di seluruh Semenanjung Malaysia untuk keperluan pembelajaran dalam talian.

KUALA LUMPUR: MR D.I.Y., telah memainkan peranannya dalam memastikan generasi masa depan negara mempunyai kemahiran literasi digital dengan menyumbangkan 487 set komputer bernilai lebih RM480,000 ke sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia.

Sumbangan yang telah dilengkapkan pada tahun 2022 itu adalah sebahagian daripada inisiatif Program Pemerkasaan Komputer oleh Medical Awareness Camp Outreach (MACO). MACO adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada doktor-doktor pakar dan para sukarelawan bukan perubatan yang menyediakan perkhidmatan perubatan percuma, hidangan makanan, bantuan makanan, dan komputer yang dibaik pulih kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Komputer-komputer tersebut diperoleh daripada Ibu Pejabat MR D.I.Y. di Seri Kembangan dan cawangan-cawangan MR D.I.Y. di seluruh negara, kemudian dibaik pulih oleh Jabatan IT peruncit. Hasil usaha mereka, 10 sekolah telah menerima set komputer dibaik pulih yang lengkap termasuk Unit Pemprosesan Pusat (CPU), monitor, papan kekunci dan aksesori.

Mengulas tentang inisiatif tersebut, jurucakap MR D.I.Y. berkata, "Literasi komputer adalah kemahiran yang penting dalam dunia hari ini. Para pelajar perlu mempunyai kemahiran komputer untuk melakukan apa sahaja, dari kajian hingga menyediakan kertas kajian dan pembentangan, malah untuk membuat permohonan pengajian di universiti dan mendapatkan pekerjaan.

"Selain itu, dengan kemajuan teknologi dan kecerdasan buatan, semua calon pekerja sekarang perlu mempunyai pengetahuan asas komputer supaya mereka dapat dipertimbangkan dalam proses pemilihan pekerja. Inisiatif ini menjadikan komputer lebih mudah diakses oleh golongan kurang berkemampuan yang mungkin tidak mempunyai akses kepada perkakasan untuk mengembangkan dan mempraktikkan pengetahuan literasi digital mereka. Ini hanyalah salah satu daripada banyak lagi usaha yang kami jalankan untuk menghasilkan impak yang positif dalam kehidupan rakyat Malaysia."

Jurucakap tersebut mengucapkan terima kasih kepada MACO kerana telah menganjurkan inisiatif ini. Beliau berkata, "Ini adalah contoh yang sangat baik untuk menunjukkan bagaimana usaha sama yang efektif dapat dijalankan. MACO mempunyai platform untuk mengenal pasti dan menghubungi para pelajar yang memerlukan, sementara Kumpulan MR D.I.Y. mempunyai sumber untuk menjadikan matlamat mereka suatu kenyataan. Kami berharap lebih banyak syarikat akan menyokong usaha sama seperti ini; apabila kita bekerjasama, lebih banyak yang akan dapat dicapai."

Ini adalah kali kedua MR D.I.Y bekerjasama dengan MACO dalam inisiatif seperti ini. Pada bulan April 2022, MACO telah membaik pulih lebih 2,000 set komputer untuk melengkapkan makmal komputer di sekolah-sekolah di bawah Program Pemerkasaan Komputer; dengan sebahagian daripadanya diperoleh daripada MR D.I.Y. dengan sokongan jabatan IT peruncit tersebut.

Program Pemerkasaan Komputer MACO adalah salah satu daripada banyak lagi inisiatif yang disokong oleh MR D.I.Y. bagi membantu komuniti-komuniti sekolah.
 

Advertisement