Anda di sini

Kabel bawah tanah rosak punca gangguan

Advertisement
IDRIS
IDRIS

KOTA KINABALU: Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Kawasan Tebobon dan  Sepanggar Menggatal pada malam Ahad 26 Mac lalu adalah berpunca daripada kerosakan kabel bawah tanah milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Idris Mohd Noor berkata, hasil daripada analisa pasukan teknikal SESB yang melakukan pencarian punca gangguan mendapati terdapat kerosakan kabel bawah tanah yang disyaki terkesan daripada pembesaran jalan di kawasan tersebut.

“Kabel milik SESB disyaki termampat akibat daripada kerja-kerja pembesaran jalan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata SESB kini di dalam tindakan untuk menaik taraf sistem pembahagian bekalan elektrik dari Pencawang Pembahagi Utama Menggatal untuk meningkatkan daya harap serta mempercepatkan kerja-kerja pemulihan bekalan di kawasan tersebut.
 

  • oleh
  • Advertisement