Anda di sini

Senator Saraswathy adakan lawatan kerja sehari ke KOBAGUS

Advertisement
Mortadza (dua kiri) memberi taklimat ringkas kepada Saraswaty (kiri) di KOBAGUS, Jalan Kubah Ria, Kuching.
Mortadza (dua kiri) memberi taklimat ringkas kepada Saraswaty (kiri) di KOBAGUS, Jalan Kubah Ria, Kuching.

KUCHING: Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Senator Saraswathy Kandasami telah mengadakan lawatan kerja sehari ke Koperasi Guru Bumiputera Sarawak Sendirian Berhad (KOBAGUS) baru-baru ini.

Menurut  Pengerusi KOBAGUS Mohamad Mortadza Mantrang dalam satu kenyataan semalam, Saraswathy telah diiringi Naib Pengerusi Eksekutif (Operasi dan Kawal Selia) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Siti Azlin Ahmad Dauta dan Pengarah SKM Negeri Sarawak Liew Liuk Chim.

"Ketibaan yang berhormat telah disambut oleh kakitangan SKM Negeri Sarawak dan Ahli Lembaga Koperasi KOBAGUS di ruang legar bangunan pejabat KOBAGUS di Jalan Kubah Ria di sini," katanya.

Mortadza turut memberi taklimat kepada Saraswathy tentang plan operasi KOBAGUS untuk ahli-ahli KOBAGUS di seluruh Sarawak. 

Beliau juga menyatakan bidang aktiviti yang telah dilakukan oleh KOBAGUS untuk meningkatkan pendapatan KOBAGUS.

Antaranya, pinjaman peribadi ahli, pinjaman menunaikan umrah, dobi Bagus Laundry, baik pulih bangunan, ternakan udang air masin, jualan telur masin, jualan madu kelulut, jualan jeruk limau dan pembinaan perumahan guru di Jalan Bako.

Kepada ahli yang berminat menjadi ahli KOBAGUS boleh menghubungi Abang Kamarudin Abang Zaini di talian 017-3445532 atau Normalis Sebli di talian 013-8307449.  

Dalam ucapan balasnya Saraswaty mengingatkan ahli KOBAGUS agar lebih teliti untuk menceburi bidang yang lebih mencabar demi kelangsungan untuk membantu ahli-ahlinya. 

Sebelum berangkat pulang, beliau dan rombongan telah melawat dobi layan diri KOBAGUS (Bagus Laundry) yang telah mula beroperasi sejak 2019. 

Dobi itu merupakan salah satu peluang pernigaan yang diceburi KOBAGUS. 

Harapan KOBAGUS agar guru-guru yang ada di daerah Kuching menyokong menggunakan kemudahan Bagus Laundry untuk mencuci dan mengeringkan pakaian mereka pada setiap masa.
 

Advertisement