Anda di sini

Penubuhan Jawatankuasa Koordinasi peringkat Negeri wajar dipertimbangkan

Advertisement
 Masidi (kiri) merakamkan gambar kenangan bersama Ewon ketika dalam kunjungan berkenaan.
ALBUM: Masidi (kiri) merakamkan gambar kenangan bersama Ewon ketika dalam kunjungan berkenaan.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri wajar mempertimbangkan cadangan penubuhan Jawatankuasa Koordinasi peringkat Negeri atau Persekutuan yang akan dipengerusikan bersama Menteri di Sabah serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Cadangan berkenaan dikemukakan ketika Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mengadakan Kunjungan Hormat kepada Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun di sini, hari ini.

Kedua-dua menteri bersetuju bahawa Sabah perlu mencontohi Sarawak yang sudah menubuhkan jawatankuasa seumpamanya.

Jawatankuasa itu antaranya akan membolehkan semua pegawai dari agensi berkaitan hadir untuk bermesyuarat yang akan diadakan secara berkala.

Ketika dalam pertemuan itu, Ewon turut memaklumkan pelbagai agensi dari kementerian diperingkat Persekutuan menawarkan perkhidmatan serta bantuan kepada Sabah khususnya dalam pembangunan keusahawanan.

Masidi dalam pada itu menjelaskan, jawatankuasa yang dicadangkan itu boleh bertindak sebagai pusat sehenti urusetia bagi meuar-uarkan pelbagai maklumat kepada rakyat Sabah, agar mereka boleh memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan serta bantuan ditawarkan oleh agensi Persekutuan.

Menurut Ewon, sejumlah 66 agensi Persekutuan terlibat dalam pembangunan keusahawanan dengan setiap daripadanya telah diberikan peruntukan. 

Katanya, kesemua agensi terlibat juga mempunyai inisiatif dan program tersendiri untuk disampaikan kepada khalayak sasaran masing-masing. Usaha seumpamanya harus dimanfaatkan rakyat Sabah.

"Bagaimanapun, mewujudkan jawatankuasa seumpamanya memerlukan keputusan daripada Kabinet Negeri dan saya berharap perkara ini akan dapat dibincangkan seterusnya keputusan dapat dilakukan dalam masa terdekat.

"Saya juga akan memberikan sokongan serta kerjasama penuh kepada agenda pembangunan kerajaan negeri ini," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement