Anda di sini

SMKPT anjur Program Amalan Sekolah Penyayang

Advertisement
 Rutil (tujuh kanan) merakam gambar kenangan bersama sebahagian guru dan AJK PIBG yang turut menyambut kehadiran pelajar pada program tersebut.
ALBUM: Rutil (tujuh kanan) merakam gambar kenangan bersama sebahagian guru dan AJK PIBG yang turut menyambut kehadiran pelajar pada program tersebut.

KOTA KINABALU: Sekolah Menengah Pekan Telipok (SMKPT) berjaya menganjurkan Program Amalan Sekolah Penyayang pada minggu pertama persekolahan dibuka baru-baru ini. 

Pengetua SMKPT Dr. Rutil Taising berkata, penganjuran pelbagai aktiviti diadakan setiap hari sepanjang minggu pertama persekolahan. 

"Pelbagai aktiviti telah disediakan seperti perhimpunan rasmi, taklimat ko-kurikulum, taklimat disiplin, promosi minda sihat, gotong royong warga sekolah bersama ibubapa, jom berzumba, sukaneka, orientasi tingkatan 4 dan beberapa permainan sukan dalaman.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua guru dan Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang turut berada di sepanjang pagar masuk sekolah untuk bersama-sama menyambut kehadiran seramai 1,760 pelajar pada hari pertama sekolah dibuka,” katanya ketika dalam program berkenaan baru-baru ini.

Beliau turut mengingatkan semua pelajar agar sentiasa menghormati para guru, ibu bapa serta rakan sekali gus menjadi pelajar bersifat baik dan ceria yang sentiasa menjaga hubungan baik dengan semua orang. 

"Pelajar juga diingatkan agar sentiasa menjaga harta benda dan kemudahan yang telah disediakan oleh pihak sekolah," katanya.

Sementara itu,  AJK PIBG Nasirah Hani Tajul Arifin turut mengucapkan selamat datang dan selamat kembali bersekolah kepada semua pelajar.

“Saya mohon agar setiap  pelajar di SMKPT ini sentiasa sematkan dalam hati bahawa pelajar datang belajar ke sekolah ini dengan tujuan ingin berjaya dan menjadi manusia hebat,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa pihak PIBG akan sentiasa membantu dan memberi sokongan padu kepada pihak sekolah terutama dalam kepentingan pembelajaran dan kejayaan pelajar SMKPT. 
 

  • oleh
  • Advertisement