Anda di sini

Dua rumah musnah dalam kebakaran dinihari di Serian

Advertisement
 Kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Hulu 2, Serian melibatkan dua rumah, awal pagi tadi.
MUSNAH: Kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Hulu 2, Serian melibatkan dua rumah, awal pagi tadi.

KUCHING: Dua rumah jenis tidak kekal di alamat Kampung Hulu 2, Serian musnah dalam kebakaran yang berlaku, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memberitahu, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 4.54 pagi sebelum mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian ke lokasi.

"Setiba di lokasi mendapati api sedang marak dan kebakaran itu melibatkan dua rumah jenis tidak kekal," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, kedua-dua rumah itu merupakan pemilik seorang penghuni di mana rumah pertama telah musnah 100 peratus.

"Sementara itu, rumah kedua pula terbakar 30 peratus," katanya sambil menambah, ketika kejadian penghuni berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Setelah memastikan tiada lagi punca api, operasi ditamatkan pada jam 6.06 pagi, ujarnya.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

  • oleh
  • Advertisement