Anda di sini

PVKMS santuni veteran komando di Sandakan

Advertisement
 Biyazid (dua kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang veteran komando.
SUMBANGAN: Biyazid (dua kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang veteran komando.

SANDAKAN: Persatuan Veteran Komando Malaysia Sabah (PVKMS) mengambil inisiatif menyantuni ahlinya di daerah ini menerusi Program Ukhwah Silaturahim, di sini baru-baru ini.

Program lawatan ke kediaman Koperal (B) Mahmud Hadjiri di Kampung Tinosa 2 dilihat dapat mewujudkan ikatan perpaduan yang sedia terjalin dalam kalangan ahli PVKMS.

Ketua PVKMS Zon Sandakan, Jusip Salmin @Yusop berkata, program ini diadakan bagi mengeratkan silaturahim antara persatuan dan veteran.

Katanya, lawatan kali ini turut tertumpu kepada veteran yang belum mendaftar sebagai ahli PVKMS dan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV).

“Kita menyampaikan bantuan bakul makanan dan wang tunai untuk meringankan beban veteran selaras dengan visi serta misi persatuan.

“Kami berharap semua veteran di negeri ini dapat mendaftar sebagai ahli supaya mereka boleh terlibat dengan aktiviti persatuan dan memudahkan untuk menyalurkan bantuan,” katanya.

Turut hadir, Penasihat PVKMS, Mejar (B) Biyazid Reduan; Presiden PVKMS, Abdul Masik Kabbul Makapagal Askalani dan Setiausaha PVKMS, Mad Sarip Saleh.

  • oleh
  • Advertisement