Anda di sini

Tiga nelayan selamat, bot karam

Advertisement
 Maritim Malaysia Labuan berjaya menyelamatkan tiga nelayan tempatan selepas bot dinaiki mereka karam di perairan Tanjung Kubong Labuan.
SELAMAT: Maritim Malaysia Labuan berjaya menyelamatkan tiga nelayan tempatan selepas bot dinaiki mereka karam di perairan Tanjung Kubong Labuan.

LABUAN: Tiga nelayan berdepan detik cemas selepas bot dinaiki karam selepas bocor akibat cuaca buruk di perairan Tanjung Kubong di sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Labuan Kepten Maritim Labuan Nudin Jusoh berkata ksemua mangsa berumur lingkungan 20 hingga 35 tahun itu berjaya diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Labuan dan nelayan tempatan.

Katanya bertindak dengan maklumat yang diterima oleh Pusat Operasi Zon Maritim Labuan berkenaan kejadian berkenaan, dua aset Maritim Malaysia diaturgerak ke lokasi.

"Dua aset Maritim Malaysia iaitu Kapal Maritim (KM) Lahad Datu dan bot ronda yang sedang dalam rondaan Op Sejahtera diatur gerak ke lokasi untuk memberi bantuan kecemasan. 

"Semua mangsa berjaya diselamatkan oleh aset Maritim Malaysia dan tiga bot nelayan tempatan yang berada berdekatan," katanya dalam kenyataan media di sini.

Menurutnya kesemua mangsa dibawa ke Jeti Zon Maritim Labuan untuk rawatan dan tindakan selanjutnya. 

Sementara itu, Nudin Berkata Maritim Malaysia mengingatkan orang awam untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut ke talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999.

  • oleh
  • Advertisement