Anda di sini

Sabah lancar slogan ‘Feel Sabah, North Borneo’ di MATTA Travel Fair

Advertisement
 Christina (tengah) ketika melancarkan slogan baharu pelancongan di MATTA Travel Fair.
LANCAR: Christina (tengah) ketika melancarkan slogan baharu pelancongan di MATTA Travel Fair.

KUALA LUMPUR: Slogan baharu pelancongan Sabah ‘Feel Sabah, North Borneo’ yang dilancarkan di MATTA Travel Fair di sini diharap dapat meningkatkan pertumbuhan pelancongan domestik di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, industri pelancongan domestik masih menjadi ekonomi terpenting di negeri ini.

Namun, katanya, pelancong antarabangsa di seluruh dunia sangat dialu-alukan datang ke Sabah untuk menikmati lokasi menarik di sini.

Menerusi statistik penyelidikan Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Christina berkata, pengembara domestik telah menyumbang dua pertiga jumlah ketibaan pelancong ke Sabah sebelum pandemik COVID-19.

“Jumlah ketibaan pelancong pada pra-pandemik pula dianggarkan sebanyak 4.19 juta pada tahun 2019 dan 2.72 juta daripadanya adalah domestik.

“Manakala tahun lalu pula, seramai 1.72 juta pelancong domestik datang ke Sabah bertujuan untuk aktiviti membeli-belah,” katanya selepas melancarkan slogan baharu pelancongan Sabah, di sini pada Jumaat.

Mengulas mengenai majlis itu, Christina telah memperkenalkan 10 daripada 100 kereta e-hailing yang akan mengiklankan identiti baharu Sabah di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Menurutnya, semua kereta tersebut tertera pelekat slogan ‘Feel Sabah, North Borneo’ yang bergerak di sekitar Lembah Klang selama tiga bulan sebagai strategi promosi.

Sementara itu, STB turut memperkenalkan 45 pusat percutian dan penginapan yang menawarkan pakej percutian menarik di Sabah.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi STB, Datuk Joniston Bangkuai; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian I Mary Malangking dan Ketua Pegawai Eksekutif STB Noredah Othman.

  • oleh
  • Advertisement