
SIBU: Kira-kira 850 peserta menyertai program Larian Kesihatan Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Sarawak (MAKSAK) di Dataran Tunku Haji Bujang di sini, hari ini.
Program anjuran Pejabat Residen Bahagian Sibu dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu itu adalah bagi mempromosikan yang gaya hidup sihat bersempena 60 tahun Sarawak merdeka.
Acara larian yang bermula 7.30 pagi di bulatan Jalan Bujang Suntong itu memerlukan para peserta daripada pelbagai agensi kerajaan berjalan atau berlari secara santai sejauh 5 kilometer di sekitar pusat bandar Sibu.
Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki telah mengetuai acara larian tersebut.
Turut serta ialah Timbalan Setiausaha Sarawak, ak, Datu Buckland Bangik Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr. Annuar Rapaee, Residen Bahagian Sibu, Wong Hee Sieng, Pemanca Datuk Jason Tai dan yang lain.
Peserta yang berjaya menamatkan larian program menerima medal dan sijil penghargaan.