Anda di sini

Remaja cedera anak panah tertusuk hidung

Advertisement
 Remaja lelaki mengalami kecederaan di bahagian hidung akibat tertusuk anak panah.
TERTUSUK: Remaja lelaki mengalami kecederaan di bahagian hidung akibat tertusuk anak panah.

RANAU: Seorang remaja lelaki mengalami kecederaan selepas hidungnya tertusuk anak panah semasa menangkap ikan bersama rakannya di sini.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Ranau untuk mendapatkan rawatan selanjutnya dalam kejadian pada jam 4.30 petang.

Pihak hospital bagaimanapun terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba selepas difahamkan sukar untuk mengeluarkan anak panah berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.59 petang.

Katanya sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau dihantar ke hospital berkenaan bagi menjalankan operasi penyelamatan.

"Sebaik tiba, pasukan bomba bertindak memotong anak panah yang tertusuk di bahagian hidung mangsa dengan menggunakan peralatan khas iaitu 'bolt cutter'.

"Anak panah berjaya dicabut dan mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Menurutnya operasi ditamatkan pada 5.11 petang.

  • oleh
  • Advertisement