Anda di sini

Deretan kedai musnah terbakar di Sibu

Advertisement
Pasukan bomba sedang menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran bangunan kedai di hadapan pasar Pulau Babi, awal pagi tadi.
Pasukan bomba sedang menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran bangunan kedai di hadapan pasar Pulau Babi, awal pagi tadi.

SIBU: Beberapa premis kedai di hadapan pasar Pulau Babi musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Bomba Zon Sibu, PgKB I Ts. Andy Alie berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu bersama pasukan bantuan dari BBP Sungai Merah dan BBP Sibu Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan jam 2.28 pagi.

"Kebakaran melibatkan kedai menjual telefon, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kebakaran sedang marak dan sudah merebak ke bangunan bersebelahan," jelasnya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, pada 6.06 pagi, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan bangunan kedai yang mempunyai lima lot di bahagian hadapan, lima lot di bahagian belakang dan merangkumi 16 pintu kedai.

"Lot 2,3,4,5 terbakar 100 peratus di bahagian atas bawah, manakala lot 7 terbakar 10 peratus. Tindakan terkini anggota pemadaman membuat 'cooling'. 

"Setakat ini, tiada laporan ada mangsa terlibat dalam kebakaran itu," ujarnya.

Advertisement