Anda di sini

Hisamudin Pengarah baharu PMU 

Advertisement
 

MUKAH: Hisamudin Mohd Tamim kini merupakan Pengarah Politeknik Mukah (PMU) yang baharu.

Beliau yang berasal dari Negeri Sembilan menggantikan Dr Zamzam Mohd Walid berkuat kuasa 16 Februari lalu.

Hisamudin berpengalaman sebagai tenaga pengajar dan pernah berkhidmat di Sekolah Vokasional dan Teknik serta Kolej Komuniti Jempol.

Pada 2009, beliau berpindah ke Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Sri Kembangan sebagai Penolong Pengarah Akademik.

Manakala pada 2022, beliau telah dilantik sebagai Penolong Pengarah Kanan Akademik dan Dasar di JPPKK.
        
Sebelumnya pada 2020, beliau pindah ke Politeknik Port Dickson sebagai pensyarah utama di Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE).

Sementara Dr Zamzam turut berpindah kerana telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Kurikulum di JPPKK Putra Jaya berkuat kuasa 16 Februari lalu setelah berkhidmat di PMU sejak 15 September 2021.

Seorang lagi pensyarah utama di Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) PMU Mohd Sani Said berpindah ke Sabah kerana dilantik sebagai Pengarah Politeknik Sandakan.

Sani telah berkhidmat di PMU sejak 17 September 2019.
 

  • oleh
  • Advertisement