Anda di sini

Pindaan Perlembagaan Persekutuan, tegakkan keadilan untuk wanita

Advertisement
CHRISTINA
CHRISTINA

KOTA  KINABALU: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah Datuk Christina Liew memuji tindakan kerajaan Pusat untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membenarkan anak kepada ibu warganegara Malaysia yang lahir di luar negara mendapat kewarganegaraan.

Keputusan itu diumumkan pada Sabtu lalu oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said.
 
Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar menyifatkan tindakan itu adalah kemenangan kepada ibu warganegara Malaysia yang mempunyai suami dari luar negara.

Katanya, isu berkenaan sudah berdekad dibangkitkan untuk menegakkan keadilan kepada kanak-kanak yang lahir di luar negara.
 
"Kita memuji keputusan ini kerana sekian lama ia menyebabkan kebimbangan kepada semua golongan wanita berkaitan.

"Kini, hanya kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mampu mencapai keputusan yang ditunggu-tunggu ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Christina berkata, semasa ucapannya sempena Hari Wanita Kebangsaaan tahun lalu, beliau kecewa golongan wanita terus berhadapan dengan ketidakadilan gender walaupun wujudnya undang-undang yang melarang diskriminasi dalam gender.

Advertisement