Anda di sini

SESB, JKR pertingkat kerjasama pembangunan infra elektrik

Advertisement
 Yaakob dan Sufri bertukar dokumen persefahaman.
METERAI: Yaakob dan Sufri bertukar dokumen persefahaman.


KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah (JKR) akan mempertingkat kerjasama dan koordinasi ketika melaksanakan projek-projek pembangunan infrastruktur bekalan elektrik di Sabah.

Usaha kedua belah pihak ini diperaku dan dimeterai semasa bengkel Wayleave Technical Workshop SESB dan JKR yang telah dilaksanakan selama dua hari bermula pada 7 Februari, 2023 sehingga 8 Februari 2023 di Shangri-La Rasa Ria Resort, Tuaran.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB Mohd Yaakob Jaafar berkata, persefahaman yang dicapai di antara SESB dan JKR itu tertumpu kepada proses kerja dan keperluan berkaitan penempatan semula utiliti, projek penambahbaikan sistem agihan dan sambungan bekalan baharu serta kerja pembaikan dan penyelenggaraan kecemasan.

Satu dokumen perakuan turut ditandatangani oleh Mohd Yaakob mewakili SESB, manakala JKR diwakili oleh Timbalan Pengarah Sektor Jeraya Mohd Safri Abu Habi.

Advertisement