Anda di sini

Sambutan Chap Goh Mei di Siniawan meriah selepas dua tahun menyepi

Advertisement
Dr Sim (dua kanan) dan Miro (kanan) bersama-sama menggaul makanan yang dimasak secara gotong-royong untuk pengunjung di pekan Siniawan sempena Chap Goh Mei. - Gambar Roystein Emmor
Dr Sim (dua kanan) dan Miro (kanan) bersama-sama menggaul makanan yang dimasak secara gotong-royong untuk pengunjung di pekan Siniawan sempena Chap Goh Mei. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Sambutan perayaan Chap Goh Mei di pekan Siniawan berlangsung meriah hari ini selepas dua tahun menyepi dengan lebih 3,000 pengunjung hadir menyaksikannya. 

Anjuran Pengurusan Tokong Swee Guk Kong Siniawan, sebanyak 34 kumpulan kebudayaan seperti tarian singa dan naga serta paluan gendang menyertai perayaan ini bermula jam 8 pagi. 

Kapitan Siniawan Bong Boon Kah berkata, perayaan dan perarakan Chap Goh Mei sudah sinonim dengan pekan Siniawan dan diadakan setiap tahun pada hari ke-15 Tahun Baharu Cina. 

Perarakan kumpulan tarian singa sempena Chap Goh Mei di pekan Siniawan. - Gambar Roystein Emmor
Perarakan kumpulan tarian singa sempena Chap Goh Mei di pekan Siniawan. - Gambar Roystein Emmor

“Tahun ini sambutan lebih meriah di mana penganut dari luar negeri turut serta dalam perayaan ini yang bermula dengan upacara sembahyang di tokong diikuti perarakan. 

“Pada sebelah malam pula diadakan persembahan kebudayaan melibatkan pelbagai kumpulan kebudayaan,” katanya ketika ditemui di pekan Siniawan. 

Dalam pada itu Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian hadir menyaksikan perayaan serta perarakan semalam bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simuh. 

Ribuan pengunjung membanjiri pekan Siniawan bagi menyaksikan perayaan dan perarakan Chap Goh Mei. - Gambar Roystein Emmor
Ribuan pengunjung membanjiri pekan Siniawan bagi menyaksikan perayaan dan perarakan Chap Goh Mei. - Gambar Roystein Emmor

Beliau yang pertama kali menyertai acara ini di pekan Siniawan turut teruja dapat sama-sama meraikan perayaan ini bersama ribuan pengunjung yang hadir tanpa mengira bangsa dan agama. 

Sementara itu Miro berkata perayaan ini sudah dirancang beberapa bulan lepas selepas lebih dua tahun menyepi akibat pandemik COVID-19. 

Perayaan dan perarakan Chap Goh Mei itu katanya, bukan sahaja sebagai memelihara warisan budaya masyarakat Cina tetapi juga mempromosikan Siniawan dalam peta pelancongan. 
 

  • oleh
  • Advertisement