Anda di sini

Rumah rosak di Darul Hana sedang dibaiki, selamat diduduki

Advertisement
Kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan bagi kerosakan melibatkan rumah di Projek Pembangunan Darul Hana yang tular di media sosial baru-baru ini.
Kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan bagi kerosakan melibatkan rumah di Projek Pembangunan Darul Hana yang tular di media sosial baru-baru ini.

KUCHING: Struktur rumah bagi Projek Pembangunan Darul Hana yang dilaporkan mengalami kerosakan dan tular di media sosial baru-baru ini masih berada dalam keadaan baik serta selamat diduduki.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Mohamad Asman Ahmad berkata, HDC selaku agensi pelaksana yang membina rumah di Projek Pembangunan Darul Hana Kuching memandang serius masalah berkenaan dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Jelas beliau, pihaknya telah melakukan pemeriksaan tapak sebelum kerja-kerja baik pulih dimulakan. 

Ia katanya, bagi memastikan kerosakan yang sama tidak berulang lagi.

Kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan bagi kerosakan melibatkan rumah di Projek Pembangunan Darul Hana yang tular di media sosial baru-baru ini.
Kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan bagi kerosakan melibatkan rumah di Projek Pembangunan Darul Hana yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Hasil daripada laporan teknikal pihak konsultan juga, keadaan rumah yang retak adalah berpunca daripada pergerakan tanah akibat kerja pembinaan dijalankan di sekitar kawasan tersebut.

“Faktor lain yang boleh menjadi punca adalah perubahan aras air bawah tanah dan gegaran daripada kenderaan berat,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan bagi kerosakan melibatkan rumah di Projek Pembangunan Darul Hana yang tular di media sosial baru-baru ini.
Kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan bagi kerosakan melibatkan rumah di Projek Pembangunan Darul Hana yang tular di media sosial baru-baru ini.

Tambah Mohamad Asman, bagi memastikan keselamatan penduduk berada di tahap terbaik, pemantauan berterusan akan dilakukan. 

“HDC juga akan berurusan dengan jabatan atau agensi berkaitan bagi mengatasi masalah tersebut,” katanya.

Dalam perkembangan sama, HDC memohon kerjasama orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi serta menghentikan penularan gambar-gambar kerosakan rumah terbabit.

Projek Pembangunan Darul Hana.
Projek Pembangunan Darul Hana.

Hal ini bagi mengelakkan rasa bimbang dan panik penduduk Darul Hana, selain memberi ruang kepada pihak HDC untuk menjalankan tugas dan siasatan sebaik mungkin.
 

Advertisement