Anda di sini

Salah guna dadah, lelaki didenda dan dua tahun diawasi polis

Advertisement
 

MIRI: Padah menggunakan dadah berbahaya tanpa kebenaran pihak berkuasa, seorang lelaki didenda RM2,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret.
    
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh supaya menjalani pengawasan oleh pihak polis selama tempoh dua tahun.
    
Sim Chien Hui, 39, dari Kampung Tudan di sini, telah didakwa mengikut  Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama.
    
Sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara dua tahun dan serta-merta dikehendaki menjalani pengawasan oleh pegawai sebagaimana ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun mengikut Seksyen 38B ADB 1952.
    
Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah menggunakan dadah berbahaya jenis Methamphetamine dan 3,4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) yang terkandung dalam Jadual Pertama ADB 1952 (Akta 234), dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.
    
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 9.30 pagi, 22 Oktober 2019 di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.
    
Pendakwaan dilakukan pegawai pendakwa Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman di hadapan Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

  • oleh
  • Advertisement