Anda di sini

KKJA hadir Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina tokoh perniagaan

Advertisement
 Para tetamu kehormat bersama tuan rumah merakamkan gambar kenangan, turut kelihatan Jimmy (duduk, kanan).
ALBUM: Para tetamu kehormat bersama tuan rumah merakamkan gambar kenangan, turut kelihatan Jimmy (duduk, kanan).

KOTA KINABALU: Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA) baru-baru ini hadir pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina yang dianjurkan Tokoh Perniagaan Datuk James Hwang.

Mengetuai rombongan KKJA ialah Pengerusinya Jimmy Goh, Timbalan Pengerusi KKJA Nancy Lai, Bendahari Yvonne Ho dan Pegawai Latihan Sherell Jeffrey. 

Jimmy dalam pada itu merakamkan penghargaan kepada James yang juga Penasihat KKJA.

Beliau juga merakamkan terima kasih bagi pihak para ahli KKJA kepada James yang sering memberikan sokongan kepada persatuan itu.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew, Menteri Pembangunan Perindustrian Phoong Jin Zhe, Mantan Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Seri Panglima Teo Chee Kang, Mantan Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Ilyas Ibrahim, Presiden Dewan Perniagaan China-Sabah (SCCC) Datuk Frankie Liew, Pengarah Urusan Azam Jaya Sdn Bhd Tan Sri Joseph Lo dan kedua-dua anaknya Datuk Jonathan Lo, Datuk Jessica Lo serta Datuk See Han Hock.

 Christina (empat kanan) dan Phoong (lima kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan pada majlis itu.
KENANGAN: Christina (empat kanan) dan Phoong (lima kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan pada majlis itu.
  • oleh
  • Advertisement