Anda di sini

Bekas pengawal keselamatan sekolah tidak mengaku lakukan serangan seksual

Advertisement
Polis mengiringi tertuduh selepas prosidingnya di mahkamah hari ini.
Polis mengiringi tertuduh selepas prosidingnya di mahkamah hari ini.

KUCHING: Bekas pengawal keselamatan di sebuah sekolah menengah mohon dibicarakan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dakwaan melakukan serangan seksual ke atas seorang gadis berusia 14 tahun di Bau, Januari tahun ini.

Tertuduh, 24, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Maris Again bagi pertuduhan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Maris menetapkan 9 Mac 2023, bagi tarikh sebutan kes dan membebaskan tertuduh dengan ikat jamin tunai RM5,000 dengan seorang penjamin tempatan yang mempunyai pekerjaan tetap.

Menurut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah asrama perempuan di sekolah yang terletak di Bau sekitar jam 1.35 petang pada 18 Januari 2023.

Difahamkan, tertuduh didakwa melakukan serangan seksual terhadap mangsa dengan menyentuh bahagian sulit, payudara dan pahanya pada hari kejadian.

Pendakwaan kes dilakukan DPP Ruvinasini Pandian manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
 

Advertisement