Anda di sini

Kejohanan Piala Hanifah tarik penyertaan 46 pasukan

Advertisement
Kumpulan Nafas X yang menjadi johan bagi kategori lelaki dalam Piala HHT yang julung kali diadakan.
Kumpulan Nafas X yang menjadi johan bagi kategori lelaki dalam Piala HHT yang julung kali diadakan.

MUKAH: Kejohanan Piala Dato Hanifah Hajar Taib (HHT) telah menarik 46 penyertaan pasukan dari seluruh Sarawak.

Kejohanan yang berlangsung pada 28 dan 29 Januari itu diadakan di dua tempat iaitu di Stadium Perpaduan Dalat dan di Gelanggang Serbaguna Kampung (Kg) Terus, Oya.

Penyertaan membabitkan 32 pasukan lelaki dan 14 pasukan wanita.

Johan kategori lelaki adalah Nafas X, diikuti Twister serta tempat ketiga dimenangi bersama Max FC dan Pemusnah Impian.

Bagi kategori wanita, johan dimenangi Eight Utd, naib johan D'syco manakala tempat ketiga juga dimenangi bersama Ug FC dan Sdfcmz.

Menurut Pengerusi Pengadil Bahagian Mukah Mohamad Nizam Mahdi, penyertaan sangat menggalakkan iaitu sejauh Kuching, Samarahan, Saratok, Sarikei, Sibu, Bintulu dan Miri.

"Tujuan kita adalah mahu memperkenalkan kejohanan ini iaitu Piala HHT ke seluruh Sarawak.

Pasukan Eight Utd yang manjadi juara kategori wanita.
Pasukan Eight Utd yang manjadi juara kategori wanita.

"Ini khususnya kepada belia-belia dan juga kepada semua peminat sukan futsal," katanya kepada Utusan Borneo.

Sebagai wakil penganjur, beliau turut mengucapkan terima kasih kerana diberikan kepercayaan untuk penganjuran juling kalinya kejohanan tersebut.

Kejobanan tersebut merupakan kerjasama antara Persatuan Pengadil Bahagian Mukah dan Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Mukah.
 

  • oleh
  • Advertisement