Anda di sini

Hadiah tunai RM3,000 jadi rebutan pada pertandingan 'Street Dance' 2023

Advertisement
 Pertandingan 'Street Dance' yang dianjurkan sebelum ini mendapat sambutan memberangsangkan.
BERTENAGA: Pertandingan 'Street Dance' yang dianjurkan sebelum ini mendapat sambutan memberangsangkan.

KOTA KINABALU: Pertandingan 'Street Dance' kini kembali menghiburkan para pengunjung di pusat beli belah Centre Point Sabah.

Dalam kenyataan oleh Centre Point Sabah hari ini menjelaskan, pertandingan itu akan diadakan di Tingkat 4, Palm Square pusat beli belah berkenaan bermula pada 6 petang, 4 Februari ini. 

"Penari berkumpulan terdiri daripada tiga sehingga 15 peserta dialu-alukan untuk mengambil bahagian dan pemenang akan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 serta hadiah berbentuk barangan.

"Tujuan utama pertandingan adalah untuk menyediakan platform dan sebagai hab bagi mengumpulkan semua peminat tarian khususnya dalam ‘Street Dance' selain peluang untuk mengasah bakat masing-masing.

"Kategori untuk pertandingan itu ialah Open Crew Showcase, di mana ia menggalakkan para peserta mempamerkan gerakan tarian kreatif mereka yang unik atau penggabungan pelbagai genre tarian," katanya.

Menurut kenyataan, orang ramai juga akan dihiburkan dengan penampilan istimewa oleh Monkey Beat Entertainment yang terdiri daripada set DJ dan persembahan tarian oleh kumpulan dari Kuching Sarawak-KinAte Fam yang juga merupakan juri pertandingan tersebut. 

Selain itu, orang ramai juga boleh melibatkan diri dalam cabaran tarian TikTok dan memenangi hadiah barangan rasmi pertandingan itu.

Pendaftaran pertandingan masih dibuka sehingga 2 Februari 2023. Yuran pendaftaran hanya RM100 setiap kumpulan.

Mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan boleh mendaftarkan krew masing-masing menggunakan pautan Borang Google yang disediakan di Laman Facebook dan Instagram rasmi untuk Centre Point Sabah. 
 

  • oleh
  • Advertisement