Anda di sini

The Gunners tidak bongkak, kekalkan momentum positif

Advertisement
ARTETA
ARTETA

LONDON: Pemain Arsenal tidak lupa daratan walaupun sudah menggumpulkan 50 mata lebih dalam separuh musim ini. 

Kemenangan 3-2 ke atas Manchester United menambahkan lagi kecemerlangan kepada peningkatan menakjubkan untuk anak buah Mikel Arteta.

Gunners memerlukan 27 perlawanan untuk mencapai markah yang sama musim lalu dan mereka hanya ketinggalan 19 mata dari rekod keseluruhan mereka dari penggal lalu. Mereka hanya kehilangan mata dalam tiga perlawanan dan sudah membalas dendam atas kekalahan kontroversi 1-3 di Old Trafford awal musim ini.

Arsenal berkelebihan lima ke atas Manchester City di puncak carta dengan satu perlawanan dalam tangan. Namun, pasukan bimbingan Pep Guardiola masih mempunyai peluang untuk mendapatkan semula enam mata apabila kedua-dua pasukan bertemu dua kali pada akhir musim ini. 

Memandangkan City mempunyai rekod yang luar biasa dalam merebut kemenangan dan dengan kekurangan pengalaman Arsenal di kedudukan ini, perebutan gelaran masih belum selesai.

Arteta masih merendah diri walaupun dia menunjukkan pelbagai emosi sepanjang perlawanan. Jurulatih Sepanyol itu berkata selepas perlawanan: “Saya tidak ada pendapat.

“Ia mungkin hanya persepsi (menjadi pasukan pilihan). Saya kenal pasukan saya dengan baik. Saya tahu di mana kami berada, saya tahu mengapa kami berada di sini dan saya tahu di mana kami mahu berada dan kami masih jauh daripadanya. Saya tahu tahap pasukan lain, terutamanya yang telah menang dalam tempoh lima atau enam tahun lalu dan kami belum berada di sana lagi.”

Saka pula menjelaskan apa yang dikatakan oleh Arteta kepada pasukan berikutan kemenangan ke atas Manchester United. “Jelas sekali kami menikmati malam ini,” katanya ketika ditanya oleh pasukan media Arsenal apa yang diberitahu oleh jurulatih Sepanyol kepada skuad itu.

“Kerana kami layak, tetapi minggu depan apabila tiba masanya untuk bermain lagi, dan bermain di Piala FA untuk memenangi perlawanan itu, dan apabila Liga Perdana disambung semula kami perlu bersedia untuk bermain lagi. Setiap perlawanan, setiap perlawanan, setiap perlawanan.”

Dalam lima perlawanan seterusnya Arsenal akan menentang City dalam pusingan keempat Piala FA dan juga pertembungan pertama liga mereka. Ia satu perlawanan besar dan satu perlawanan yang boleh menentukan musim mereka. — AFP 

Advertisement