Anda di sini

Rumah panjang terbakar di Limbang

Advertisement
Api yang meranapkan rumah panjang tersebut pagi tadi.
Api yang meranapkan rumah panjang tersebut pagi tadi.

LIMBANG: Seramai 226 penghuni penghuni Rumah Bujang, Rantau Kiran, Kampung Medamit hilang tempat berteduh apabila kediaman mereka musnah dalam kejadian kebakaran, hari ini.

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Tujuh Limbang Ramlan Marajan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.48 pagi sebelum mengerahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Limbang dan Pasukan Bomba Sukarela Nanga Medamit ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, api telah memusnahkan 80 peratus rumah panjang tersebut yang mempunyai 39 pintu," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya pasukan bomba turut mengalami kesukaran memadam api kerana tidak ada pili bomba berhampiran lokasi.

"Pasukan bomba seterusnya menggunakan air daripada tangki domestik rumah panjang tersebut bagi memadam kebakaran," katanya lagi.

Setakat ini katanya, kebakaran itu tidak melibatkan kecederaan dan kehilangan jiwa.

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

  • oleh
  • Advertisement