Anda di sini

ADUN Bingkor sampaikan sumbangan kebajikan kepada Rayner

Advertisement
 Rahman yang mewakili Robert menyampaikan sumbangan itu kepada Rayner bagi membantu rawatan isteri Rayner.
SAMPAIKAN: Rahman yang mewakili Robert menyampaikan sumbangan itu kepada Rayner bagi membantu rawatan isteri Rayner.



KENINGAU: Salah seorang penduduk di Kampung Bingkor Lama, Rayner Michael menerima sumbangan kebajikan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik.


Rayner menerima sumbangan tersebut bagi membiayai kos rawatan perubatan isterinya yang ketika ini sedang terlantar sakit dan memerlukan dana bagi menjalani rawatan diperlukan.


Sumbangan Pembantu Menteri Kerja Raya itu disampaikan oleh Kakitangan Bahagian Operasi Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Bingkor, Rahman Bidin kepada Rayner dekat sini.


Robert turut menitipkan doa kepada Rayner semoga urusan perubatan isterinya dipermudahkan dan mendoakan isteri Rayner kembali pulih.


Rayner turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Robert atas keprihatinannya itu terutama membabitkan soal kebajikan rakyat di kawasan yang memerlukan, yang diyakini dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung.

  • oleh
  • Advertisement