Anda di sini

Sabah rekod 14 kes baharu COVID-19

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sabah hari ini hanya merekodkan 14 kes baharu COVID-19 dengan empat kes lebih rendah berbanding hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kadar positiviti ialah 1.04 peratus berbanding 1.45 peratus pada hari sebelumnya. 

"Angka jangkitan hari ini diperolehi daripada 1,341 sampel ujian (1,244 semalam).

"Sebanyak tujuh daerah mencatatkan kes baharu iaitu Kota Kinabalu empat kes, Tuaran empat kes, Putatan dua kes serta masing-masing satu kes di Keningau, Kota Belud, Papar dan Sandakan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, tidak ada kes baharu direkodkan di 20 daerah sepanjang 24 jam yang lalu.

Menurutnya, kesemua 14 kes yang dilaporkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2.
 

  • oleh
  • Advertisement