Anda di sini

MPS bukan badan amal, caj berpatutan perlu untuk guna kemudahannya: Ting

Advertisement
 

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) bukanlah sebuah pertubuhan amal yang boleh menawarkan penggunaan percuma untuk kemudahan awamnya.

Pengerusinya Clarence Ting (gambar) berkata, MPS bagaimanapun bersedia untuk memberi kadar caj yang berpatutan untuk orang ramai menggunakan kemudahannya.

"Kami boleh memberi kadar istimewa, tetapi pastinya bukan percuma untuk penggunaan kemudahan kami.

"Ini kerana MPS bukan pertubuhan amal. Kami adalah pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya pada Rabu.

Ting berkata demikian sebagai mengulas tindakan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menganjurkan majlis mereka bersama MPS dengan harapan MPS dapat menawarkan penggunaan percuma untuk kemudahannya seperti Rejang Esplanade dan Pintu Gerbang Sibu.

Sebaliknya, Ting menjelaskan, pihaknya bersedia untuk memberi kadar caj yang munasabah ke atas penggunaan kemudahannya.

Ini kerana, penyewa juga perlu bertanggungjawab terhadap pembayaran utiliti termasuk air dan elektrik.

"Kami boleh mengenakan caj yang munasabah untuk organisasi yang menggunakan kemudahan MPS kerana kami mahu lebih ramai orang menganjurkan acara.

"Jika caj terlalu tinggi, tiada siapa yang mahu menyewa (kemudahan kami)," tegasnya.
 

  • oleh
  • Advertisement