Anda di sini

Rumah musnah terbakar di Saratok, lima sekeluarga hilang tempat berteduh

Advertisement
Kebakaran sebuah rumah yang dihuni oleh lima sekeluarga dari Rumah Ngerubong Engkala, Jalan Awik, Saratok

SARATOK: Lima sekeluarga hilang tempat berteduh apabila rumah kediaman mereka di Rumah Ngerubong Engkala, Jalan Awik musnah terbakar, pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok Putra Ila berkata, sepasukan anggota bomba dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 2.44 petang.

"Dalam kejadian tersebut, pasukan bomba mendapati sebuah rumah persendirian telah terbakar, namun jalan menuju ke rumah tersebut tidak dapat dilalui oleh jentera pemadam dan pasukan bomba terpaksa menggunakan kereta pacuan empat roda bomba untuk membawa peralatan untuk operasi pemadaman.

"Ketika sampai di lokasi tersebut, anggota bomba mendapati sebuah rumah setingkat jenis separuh kekal telah musnah seratus peratus dijilat api," katanya ketika dihubungi media, hari ini.

Menurut Putra, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini dilaporkan berlaku dalam kebakaran tersebut.

"Punca kejadian dan jumlah kerugian yang ditanggung oleh mangsa masih lagi dalam siasatan," jelas Putra lagi.

  • oleh
  • Advertisement