Anda di sini

Rakyat diseru lebih waspada dalam keadaan cuaca tidak menentu

Advertisement
Awang Tengah ketika ditemui media di Limbang, hari ini.
Awang Tengah ketika ditemui media di Limbang, hari ini.

LIMBANG: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan meluahkan rasa dukacita atas insiden menyayat hati kejadian tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya di Selangor awal pagi Jumaat.

Beliau turut meminta rakyat di Sarawak agar lebih berwaspada dan berhati-hati terutama dalam keadaan cuaca tidak menentu pada masa ini.

“Cuaca tidak menentu dan kita berasa berdukacita atas apa  yang berlaku di Semenanjung dan kita juga harus berhati-hati di sepanjang jalan kemungkinan berlaku runtuhan tanah.

“Mudah-mudahan tidak berlaku, kita harus berwaspada, kita harus berwaspada,” katanya katanya ketika ditemui media selepas Majlis Pra Krismas Daerah Limbang 2022 di  Dewan Gereja St Edmund’s Limbang, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbangdan tetamu lain.

Seramai 94 individu terlibat dalam kejadian itu dan setakat malam kelmarin 21 mangsa disahkan meninggal dunia manakala 12 masih hilang.

Terdahulu, 135 petugas operasi dan menyelamat (SAR) yang pakar dengan kejadian tanah runtuh dikerah ke lokasi bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, selain memastikan keselamatan pasukan bertugas.
 

  • oleh
  • Advertisement