Anda di sini

Shell Malaysia lancar minyak enjin neutral karbon daripada gas asli

Advertisement
Pelancaran minyak enjin neutral karbon pertama semalam. Shell Helix Power and Protect menawarkan pilihan mesra alam kepada pengguna tanpa mengkompromi prestasi tinggi dan perlindungan enjin.
Pelancaran minyak enjin neutral karbon pertama semalam. Shell Helix Power and Protect menawarkan pilihan mesra alam kepada pengguna tanpa mengkompromi prestasi tinggi dan perlindungan enjin.

KUCHING: Pembekal minyak pelincir global, Shell Malaysia secara rasminya melancarkan minyak enjin neutral karbon (carbon neutral) pertama yang dihasilkan daripada gas asli.

Ia sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat (Shell Malaysia) untuk menawarkan pilihan minyak enjin lebih lestari kepada pengguna tanpa mengkompromi prestasi tinggi enjin dan perlindungan enjin.

Pelancaran hari ini adalah bukti salah satu komitmen syarikat dalam membantu mengurangkan pelepasan karbon bersama-sama dengan pelanggannya, sejajar dengan aspirasi Shell untuk menjadi perniagaan tenaga pelepasan sifar bersih pada 2050.

Pengerusi Shell Malaysia Dato Ivan Tan berkata, Shell Malaysia berbesar hati kerana dapat menyediakan pelbagai solusi tenaga rendah karbon kepada pelanggannya, daripada pengecasan kenderaan elektrik dan biobahan api dan kini pelincir karbon neutral.

“Kami akan meningkatkan usaha dalam solusi berasaskan alam semula jadi bagi menjana kredit karbon berkualiti tinggi. 

“Ia boleh digunakan untuk mengimbangi pelepasan yang dijana apabila pelanggan membeli dan menggunakan produk Shell seperti Shell Helix Power 5W terbaharu ini. 

“Ia juga merupakan initisiatif tambahan usaha kami yang sedia ada bagi mengurangkan tahap intensiti karbon secara bertanggungjawab dalam operasi minyak dan gas serta pelaburan dalam sumber tenaga rendah karbon,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengurus Besar, Perniagaan Shell Lubricant Malaysia & Singapura Nyon Kam Yew berkata, Shell Malaysia memperkenalkan siri minyak enjin Shell Helix neutral karbon di bawah rangkaian sintetik penuh super premium – Helix Power and Protect. 

“Minyak enjin ini diformulasi menggunakan Teknologi Shell PurePlus, yang dihasilkan daripada 99.5 peratus minyak asas tulen daripada gas asli. Ia dipercayai dan disyorkan oleh Scuderia Ferrari,” katanya.

Sempena pelancaran ini, Shell Helix juga meluaskan lagi tawarannya dengan memperkenalkan gred kelikatan 5W-40 di bawah varian Power bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat. 

Shell Helix Power 5W-40 direka khas untuk kenderaan berkuasa dan berprestasi tinggi dan sesuai untuk kebanyakan kereta penumpang moden yang menggunakan petrol dan diesel. 

Minyak enjin terbaharu yang dilancarkan kini boleh didapati di bengkel-bengkel Shell yang terlibat dan bengkel-bengkel bebas lain, dengan harga runcit RM280 di Semenanjung Malaysia untuk pek empat liter dan RM280.80 di Sabah dan Sarawak.

Bagi memeriahkan lagi pelancaran ini, pengguna akan mendapat sebuah speaker Bluetooth percuma Shell Helix dengan setiap pembelian pek empat liter Shell Helix Power 0W-40, Shell Helix Power 5W-40, atau Shell Helix Protect 0W-30 di mana-mana kedai terlibat, selagi stok masih ada.

Bagi memastikan keaslian produk sebelum pembelian, pelanggan digalakkan mencari logo ‘Untuk Pasaran Malaysia’ di bahagian hadapan label botol.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.shell.com.my/motorists/oils-lubricants/helix-for-cars.html.

Advertisement