Anda di sini

Keharmonian agama, perpaduan kaum harus terus dibina di Sarawak: Uggah

Advertisement
Uggah (tiga kanan) dan (dari kiri) Wee, Dr Sim dan Helmy melakukan upacara menyalakan lampu sambil disaksikan yang lain. - Gambar Roystein Emmor
Uggah (tiga kanan) dan (dari kiri) Wee, Dr Sim dan Helmy melakukan upacara menyalakan lampu sambil disaksikan yang lain. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING:  Terdapat keperluan untuk terus membina keharmonian agama dan perpaduan kaum di Sarawak sekarang supaya objektif untuk membangunkan negeri ini sebagai negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030 dapat dicapai.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang berkata demikian, berharap sepanjang Krismas ini, budaya kunjung-mengunjung antara satu sama lain dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan rakyat Sarawak dan Malaysia akan diteruskan.

“Sarawak adalah salah satu contoh negeri perpaduan yang baik dan kami berharap ia akan berterusan dan tidak ada kuasa yang boleh memusnahkan perpaduan itu,” kata Uggah selepas melakukan upacara menyalakan lampu Krismas di Patung Kucing Putih Padungan yang ikonik malam tadi.

“Program malam ini adalah kecil tetapi sangat bermakna dan dihadiri oleh ketua-ketua gereja dan pemimpin masyarakat.

“Bagi pihak Kerajaan Sarawak, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Krismas dan Tahun Baharu kepada semua penganut Kristian di Sarawak dan di Malaysia.

“Saya berharap sepanjang Krismas ini, budaya kunjung mengunjung, mengukuhkan silaturahim dalam kalangan rakyat Sarawak dan Malaysia akan diteruskan,” tambah Uggah yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Kedua merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan.

Antara yang hadir ialah Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Uskup Agung Keuskupan Agung Kuching Simon Poh, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng dan timbalannya Helmy Othman.

Advertisement