Anda di sini

20 pelajar PMU sertai Bengkel Aplikasi Android

Advertisement
Para pelajar yang telah menyertai bengkel ketika sesi fotografi.
Para pelajar yang telah menyertai bengkel ketika sesi fotografi.

MUKAH: Seramai 20 pelajar Politeknik Mukah (PMU) menyertai Bengkel Aplikasi Android baru-baru ini.

Bengkel anjuran Jabatan Pengajian Am PMU itu turut diambil pelajar kursus Pendidikan Moral bagi sesi satu 2022/2023.

Menurut pengarah program Fayzatol Jamiyaah Abdull Rahim, bengkel tersebut memberi pendedahan awal tentang faedah menggunakan Google sites dalam penghasilan laman sesawang kerana ia merupakan satu projek yang dijalankan secara berkumpulan bagi memupuk minat pelajar dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

"Ia juga mencungkil idea kreatif pelajar dalam mereka bentuk laman sesawang kumpulan masing-masing dan memupuk kerjasama dalam kalangan pelajar," katanya.

Selain daripada itu, bengkel berkenaan juga merupakan satu nilai tambah bagi projek yang dijalankan secara berkumpulan.
 
Pelajar ketika bengkel diminta menghasilkan nota pembelajaran di bawah subtopik nilai-nilai etika agama bagi kursus Pendidikan Moral dengan menggunakan Google sites sebagai platform utama dalam penghasilan laman sesawang. 

Isi kandungan yang disediakan oleh pelajar telah disemak pensyarah sebelum pelajar memasukkan maklumat ke dalam Google sites.

Projek ini juga dapat mencungkil idea kreatif pelajar bagi menghasilkan inovasi yang dapat memberi manfaat kepada semua pelajar. 

Bengkel dikendalikan Pensyarah Jabatan Pengajian Am PMU Mohamad Sobri Suhaili.

Semua peserta telah dapat menghasilkan aplikasi Android mengikut kumpulan masing-masing dan memperoleh ilmu serta kepakaran yang telah disampaikan.

Hasilnya, bengkel tersebut memberi manfaat kepada semua peserta dalam menghasilkan aplikasi Android yang dapat memberi maklumat kepada semua pengguna.
 

  • oleh
  • Advertisement