Anda di sini

Sabah terima dividen GLC, badan berkanun RM152 juta

Advertisement
 Hajiji (tiga kiri) menerima dividen berjumlah RM17 juta daripada Pengerusi Sabah Credit Corporation Datuk Seri Panglima Dr Yee Moh Chai (tiga kanan).
DIVIDEN: Hajiji (tiga kiri) menerima dividen berjumlah RM17 juta daripada Pengerusi Sabah Credit Corporation Datuk Seri Panglima Dr Yee Moh Chai (tiga kanan).

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menerima sejumlah RM152,037,264.26 dividen bagi tahun kewangan 2021 daripada 15 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah dan lima badan berkanun hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menerima dividen daripada Petronas Dagangan Berhad (RM460,000), Suria Capital Holdings Berhad (RM230,400), Keningau Agro-Venture Sdn Bhd (RM1 juta), FGV Holdings Bhd (RM5,272,511.52), Sabah Electricity Sdn Bhd (RM17,242,984.13), Progressive Insurance Berhad (RM6,183,770), dan Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (RM9 juta).

Turut membayar dividen, Sawit Kinabalu Sdn Bhd (RM41,796,000), Borneo Development Corporation Sdn Bhd (RM174,897.61), Taman Perindustrian Kota Kinabalu (RM10 juta), Innoprise Corporation Sdn Bhd (RM2.608 juta), Desa Group Sdn Bhd (RM2 juta), Qhazanah Sabah Berhad (RM15 juta), Sabah Credit Corporation (RM17 juta) dan Sabah Development Berhad (RM20 juta).

Badan berkanun yang membayar dividen itu ialah Lembaga Perusahaan Getah Sabah (RM1.317 juta), Koperasi Pembangunan Luar Bandar (RM1 juta), Tanah Sabah Lembaga Pembangunan (RM1 juta), Safoda (RM70,000) dan Lembaga Taman Sabah Pemegang Amanah (RM681,365).

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong; Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Datuk Datu Rosmadi Sulai dan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Datuk Sofian Nair.
 

Advertisement