Anda di sini

Pengalaman ngeri rumah dirobohkan angin kencang

Advertisement
 Shahrahim melihat rumahnya yang roboh disebabkan angin kencang.
ROBOH: Shahrahim melihat rumahnya yang roboh disebabkan angin kencang.
 Rumah Shahrahim menjadi antara yang terjejas teruk dalam kejadian angin kencang di Pulau Gaya.
BENCANA: Rumah Shahrahim menjadi antara yang terjejas teruk dalam kejadian angin kencang di Pulau Gaya.

KOTA KINABALU: Seorang mangsa yang dilanda ribut kencang di Kampung Lobong Pulau Gaya, Shahrahim Masahut, 23 menyatakan masih terkejut dengan kejadian ngeri yang melanda perkampungan mereka kelmarin.

Beliau berkata semasa kejadian itu mereka sekeluarga berada di dalam rumah sebelum menyedari rumah bergegar dan disusuli bunyi kuat.

“Tanpa membuang masa, saya bersama ibu serta adik cuba menahan pintu dari diterbangkan angin kuat, namun beberapa saat selepas itu, rumah kami terus roboh ke dalam laut.

“Saya dan adik lelaki berumur 17 tahun kemudian membawa ibu kami berumur 50-an keluar dari rumah dan pergi ke kawasan selamat,” katanya semasa ditemui di halaman rumahnya semalam.

Katanya sebelum kejadian ibunya mengarahkan mereka dua beradik menyelamatkan dokumen penting.

“Kira-kira dua minit selepas itu pintu rumah hampir diterbangkan sebelum saya bersama ibu dan adik menahannnya.

“Bencana itu mengatasi kudrat kami sebelum sebelum rumah roboh ke laut, syukurlah ibu dan adik saya selamat walaupun semua harta benda musnah dan tidak dapat diselamatkan akibat kejadian itu,” katanya.

Dalam kejadian jam 3.30 petang semalam, rumah yang didiami keluarganya selama lebih 20 tahun itu antara 38 rumah yang terjejas teruk akibat ribut yang disusuli hujan lebat.

Kejadian itu turut menyebabkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Gaya dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya terjejas manakala beberapa bilik darjah turut roboh.

  • oleh
  • Advertisement