Anda di sini

KPLB mula laksana Rumah Mesra SMJ

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah mula melaksanakan program baharu Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).

Pembantu Menterinya Datuk Harun Durabi berkata, program berkenaan bakal memberi manfaat kepada seramai 1,500 penerima dengan agihan sebanyak 20 unit untuk setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada semua 73 DUN di Sabah.

"Bagi Perbandaran Sandakan, sebanyak 140 unit telah diagihkan kepada tujuh kawasan DUN. 

"Pelaksanaan projek ini adalah di bawah seliaan dan pemantauan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Belanjawan Negeri Sabah 2023, di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, cadangan pembinaan Rumah Mesra SMJ secara berkelompok di tapak tanah milik kerajaan negeri juag disambut baik.

"Kementerian saya menyambut baik cadangan tersebut dan akan membuat kajian dan penelitian lebih lanjut memandangkan cadangan ini merupakan konsep yang baharu," katanya.

  • oleh
  • Advertisement