Anda di sini

Warga emas maut dalam kemalangan motosikal dan lori

Advertisement
Mangsa tiba di HUS untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.
Mangsa tiba di HUS untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

KUCHING: Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kwang Lee Bank di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, mangsa dikenali sebagai Yusof Abang, 69, dari Kampung Tabuan Hilir.

Menurutnya, semasa kejadian mangsa menunggang sebuah motosikal sekitar jam 12.35 tengah hari.

"Mangsa seorang diri semasa kejadian dari arah Padungan menuju ke Jalan Kwang Lee Bank dan terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah lori dari arah belakang.

"Akibat kemalangan, mangsa yang tidak sedarkan diri dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HUS untuk tindakan selanjutnya.

Manakala, pemandu lori dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement