Anda di sini

Kenyataan media BN cadang lantik lima Ahli Parlimen sebagai menteri adalah palsu

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Satu kenyataan media yang tular di media sosial berhubung cadangan supaya lima Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) dilantik sebagai menteri dalam kerajaan perpaduan, disahkan palsu.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membuat penafian barhubung kenyataan media itu menerusi Facebook rasminya, turut berkongsi pautan daripada 'page' Barisan Nasional mengenai kenyataan palsu berkenaan.

Kenyataan media itu kononnya dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Dr Zambry Abd Kadir.

Dalam kenyataan media palsu yang tersebar itu, lima ahli Parlimen BN dicadangkan agar dilantik sebagai menteri ialah Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri; Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Menteri Kewangan); Datuk Azalina Othman (Menteri Hal Ehwal Undang-Undang); Datuk Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pelajaran) dan Datuk Mohamad Alamin (Menteri Kerja Raya).

Mohamad Hasan yang juga Timbalan Pengerusi BN dalam kenyataan palsu itu turut dinamakan, kononnya sebagai calon Timbalan Perdana Menteri. - Bernama 

Advertisement